-N D-
![]() |
Hello Nugrah my guy! Seperti biasa menjalani kehidupan harian, bekerja dari Isnin-Jumaat dan habiskan masa Sabtu Ahad bersama keluarga dan teman.
-bang naim boleh cerita sedikit gak,gimana pertama kali abang bisa terjun ke dunia perhatkoran?
Seingat saya sewaktu 2009 di bangku sekolah dalam usia 16 tahun di mana waktu itu masih mencari identiti diri, saya terdedah dengan local underground zine. Dari satu saya mula dengar lagu-lagu band Hardcore tempatan seperti Second Combat, Channel X, Kids On The Move. Terus dari situ minat terhadap Hardcore semakin tinggi.
-kapan kali pertama abang datang ke venue gigs?
Gig pertama saya adalah pada tahun 2010 dan ianya berlangsung di kampung saya sendiri iaitu di Batu Pahat. Waktu itu juga masih di bangku sekolah dan pergi diam diam tanpa pengetahuan ayah ibu hahaha
-Kalo boleh tau apa band pertama yang bikin abang jatuh cinta sama scene hc/punk?
Homerun! Juga turut berkongsi line up yang sama dengan band sebelumnya iaitu Channel X. Homerun adalah contoh band Youth Crew yang mempunyai lirik dan susunan lagu yang berkualiti. Semangat yang sama boleh kita rasai bila mana kita dengar lagu lagu dari band band 80's Youth Crew.
-by the way, are you straight edge?
Yes, i am Straight Edge! Forever and always.
-we all know,di dunia Hatkor/paling identik dengan Circle pit,Stage dive,moshing,sing a long dan lain lain.Apakah abang termasuk seorang yang mengidap 'adiksi' sama hal tersebut ? karena seringkali abang terlihat 'total' di setiap pit,kenapa ?
Pada saya, adalah penting untuk kita nikmati setiap saat di dalam Hardcore show. Tenaga yang disalurkan di antara bands dan crowd itu yang membuatkan Hardcore satu genre yang unik.
Check Your Head adalah sebuah band Youth Crew. Kami cuba untuk menggabungkan elemen oldschool dan dalam masa yang sama kami mencipta sound kami sendiri. Influence seperti Youth Of Today, Crippled Youth/Bold, Insight, Straight Ahead, Up Front dan banyak lagi.
![]() |
CHECK YOUR HEAD MALAYSIA STRAIGHT EDGE |
Kami baru sahaja selesai mengeluarkan kaset dan t-shirt pertama kami. Seterusnya kami merancang untuk melakukan Demo release party pada bulan 12 di The Wall, Batu Pahat. Details will be out soon!
![]() |
-kalo ada reuni band hardcore yang udah RIP abang maunya band apa?, dan kenapa?
Kalau band lama saya harapkan Pressure Release, Wide Awake, Unit Pride, Against The Wall, Unity dan Up Front! Keempat empat band ini telah mempunyai tempat di hati saya melalui lirik lirik dan live set mereka. Kalau yang baru saya inginkan band The Turn dari South Florida untuk kembali aktif. Ini kerana The Turn adalah definisi band Youth Crew yang sebenar.
-kalo ngomongin hc/punk tidak pernah terlepas Dari DIY,menurut abang apasih DIY itu?
DIY adalah satu aktiviti yang membuatkan kita berfikir lebih kreatif dan telus dalam melakukan sesuatu perkara dalam Hardcore scene. Dari DIY kita dapat belajar tentang usaha dan kepuasan.
-next project dari abang sendiri, buat band,usaha, atau yang lain?
Untuk next project, akan terus membuat lagi lagu-lagu yang baru untuk rilisan yang seterusnya. Perform dia venue venue gig Malaysia dan akan kami usahakan untuk tour ke luar Malaysia. Kalau di Indonesia, saya amat ingin merasai Hardcore scene di Jakarta dan Medan!
-Youth of today or Warzone?
Youth Of Today!!! Warzone merupakan band yang hebat tetapi jika diberi pilihan seperti ini pasti, tentu sekali, tanpa ragu-ragu, YOT!
-3 vocalist andalan abang?
RAY CAPPO
ROB FISH
AARON
-boleh tanya sedikit apa perubahan dari scene sekarang dan scene yang dulu pernah abang rasain?
Saya pun tidaklah sangat lama dalam scene untuk menceritakan tentang perbezaan scene dulu dan sekarang tapi apa yang boleh saya cakapkan ialah Hardcore scene di Malaysia tidak pernah pudar, semakin banyak wajah-wajah baru tidak kira sama ada bands ataupun crowd. Semua orang memainkan peranan yang sangat penting dan saling support antara satu sama lain.
-bang naim ada rekomendasi rilisan dari band band lokal?atau band band yang belum ada rilisan dan hanya patut dipantau aja sepak terjangnya?
Of course man! Here are some :
-NO SURRENDER (https://nosurrendermy.bandcamp.com/releases)
-RAGE POINT (https://ragepointhc.bandcamp.com/releases)
-FINAL PEACE (https://finalpeace.bandcamp.com/)
-BLACK WOUNDS (https://blackwounds.bandcamp.com/releases)
-BROAD MINDED (https://broadmindedhc.bandcamp.com/)
-SHORT STORY (https://shortstoryldhc19.bandcamp.com/releases)
-give me 3 best gigs you've ever attendes, dan kenapa?
1) No Reason @ RockinJamzHall
2) Rage Point Demo Release Party @ Behave Studio
3) Break Free EP Release Party @ Embrace Hall.
-3 band yang paling berkesan local and non-local
Local seperti No Surrender, Break Free dan Rage Point. Non-local pula seperti In Our Hands (Indonesia) Substance (North Carolina) dan Expressive Action (North Carolina)
-apa arti straight edge menurut abang pribadi?
Straight Edge itu tentang pendirian dan displin diri untuk membentuk hidup. Bebas untuk mengawal diri sendiri kerana dalam hidup kita semua perlukan sesuatu untuk kita pegang sebagai prinsip dan Straight Edge adalah pilihan terbaik yang saya pernah buat. Tapi perlu sentiasa ingat bahawa, Straight Edge bukan token untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kamu merupakan orang yang paling hebat. Do it for your life and always be yourself!
-any last words? Atau ada sedikit pesan buat para pembaca?
Pertama sekali terima kasih banyak-banyak buat kamu Nugrah untuk interview yang fun ini. Dalam umur 14 tahun dan aktif dalam Hardcore scene adalah sesuatu yang membanggakan. Massive respect! Akhir kata, teruskan memperbaiki diri dan jangan pernah menyerah kalah dengan kehidupan. Much love!.
-N D-
-N D-
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
see you next post dude! keep yourself, and hardcore punk till we die..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
listen CHECK YOUR HEAD BANDCAMP IN HERE : ↓ ↓